Thursday 10 November 2011

#1 9 Bulan

Buewwkkkk... Kenapa tekak aku rasa mual saja ni?? Ahh.. Lebih baik aku berjumpa doktor dengan segera dari aku pikiaq yang bukan-bukan.

"Tahniah puan, puan disahkan mengandung." kata-kata dari doktor tadi membuatkan hati aku berbunga-bunga dan bahagia sekali. Akhirnya penantian aku selama 3 tahun tak sia-sia. Sampai saja dirumah, terus aku buat solat syukur diatas rezeki yang Allah berikan.

"Assalamualaikum" sapa suamiku apabila dia masuk ke rumah. "Waalaikumussalam, abang." balas aku sambil mencium tangannya. "Aihh, gembira semacam ja abang tengok. Ada apa-apa ke nak bagitahu abang?". "Abang akan jadi ayah tak lama lagi." balas aku sambil tersenyum. "Betul ke ni? Alhamdulillah, akhirnya doa kita selama ini telah dimakbulkan olehNya."

Dari hari ke hari, bulan ke bulan, suamiku sangat menjaga aku dari basuh pinggan, basuh baju, semuanya dibuatnya sendiri. Aku rasa bertuah sangat dapat suami yang penyayang sepertinya.

Persiapan untuk bayi semuanya sudah dilengkap. Tiada satu pun yang kurang untuk anak sulung aku ini. Aku dijangka mendapat bayi lelaki. Tak sabar sungguh rasanya untuk aku melihat bayi aku nanti.

Apabila tarikh bersalin aku sudah hampir, suami aku sanggup mengambil cuti untuk menjaga aku. Bimbang katanya kalau aku dibiar sendiri dirumah. Apa saja yang aku mahu, semua diturutinya. Selama aku mengandung 9 bulan, aku tiadalah mengidam apa-apa yang pelik. Nasib baiklah. Kalau tak kesian suamiku kena cari makanan pelik-pelik nanti.

Sumber gambar : Kringg

Tanggal 01/01/01, bayi sulungku selamat dilahirkan. Bayi lelaki. Suamiku meletakkan namanya Muhd Faris. Sebagai ibu dan bapa, harapan kami agar Faris dapat menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Bersambung....


*pikiaq = fikir

2 comments:

purplelicios said...

baby boy??waw.taniah ya :)

Hamba Allah said...

@miSpYeja : eh..taklah..ini bukan yang sebenarnya..entry ini akan sentiasa bersambung dan makna sebenar entri ini adalah cerita rekaan dari bayi tu lahir sampailah dia besar nanti..tunggu..